Budak 8 tahun maut dipukul oleh jurulatihnya, sehari selepas menyertai kelab sukan seni mempertahankan diri - The Reporter

Budak 8 tahun maut dipukul oleh jurulatihnya, sehari selepas menyertai kelab sukan seni mempertahankan diri

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dilaporkan maut akibat dipukul sehingga mati oleh jurulatih seni mempertahankan diri, sehari selepas mendaftar untuk menyertai kelab itu, di China.

Mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu, menyertai Kelab Sukan Seni Mempertahankan Diri Chongde Juying di Qingdao, Shandong, pada 17 Jun.

Tetapi pada keesokan hari, ibu bapanya yang telah membayar yuran kemasukan RM4,950, telah menerima video yang menunjukkan anaknya kelihatan pucat semasa menjalani latihan.

Si ibu mendapati badan anaknya dipenuhi dengan lebam terutamanya di bahagian kaki.

Mangsa dibawa ke Hopsital Rakyat Ketiga di Chenyang untuk mendapatkan rawatan awal. Malangnya, doktor mengesahkan mangsa telah pun meninggal dunia sebelum sempat diberi rawatan.

Rekod perubatan yang disiarkan oleh China The Paper mendedahkan jantung mangsa berhenti berdegup selama 20 minit sebelum sampai di hospital.

Ekoran kejadian itu, tiga individu yang dipercayai berkaitan dengan kes tersebut telah ditahan, termasuk seorang jurulatih.

Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan dan operasi kelab sukan itu juga ditutup buat sementara waktu.

Video kejadian itu turut tular di media sosial menunjukkan mangsa memakai baju berwarna jingga dan tertera dengan jelas nama kelab sukan berkenaan di belakangnya.

Mangsa secara tiba-tiba rebah ke lantai dan kedengaran suara seorang wanita yang berkata,

“Jika awak terus begini, mak awak dah beritahu saya yang dia takkan jemput awak balik dari sekolah selama setahun,” tegasnya.

Bapa mangsa, Zhai, menerima video itu kira-kira jam 11 pagi, 18 Jun dan jelas kelihatan wajah anaknya pucat.

Ibu mangsa turut mengkritik jurulatih berkenaan tidak memawa anaknya ke hospital lebih awal.

Sumber: Daily Mail

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!