Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Kebanyakan konten yang dimuat naik di media sosial terutamanya TikTok lebih tertumpu kepada konten makanan, tempat pelancongan, fesyen dan juga kosmetik.
Namun, lain pula konten yang dibuat oleh pempengaruh yang dikenali sebagai Marissa Wong.
Marissa Wong memilih tandas-tandas di negara ini untuk dibuat ulasan mengenai tahap kebersihan.
Pempengaruh yang juga pelawak komediri (stand-up comedian) mempunyai jumlah pengikut seramai 117.4 ribu di TikTok, membuat ulasan tandas di beberapa buah pusat beli-belah, restoran dan juga stesen minyak.
Memetik laporan dari Bernama, hasil pemerhatiannya mendapati kebanyakan tandas awam di negara ini masih lagi jauh menepati standard kebersihan asas apabila tiada bekalan sabun, tisu, lantai basah dan kotor, tiada pengudaraan, fasiliti rosak selain sukar diakses golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
“Saya berpandangan, soal kebersihan tempat awam termasuk tandas, seharusnya diberikan perhatian serius kerana ini akan mencerminkan budaya, sikap dan tanggungjawab sosial masyarakat sesebuah negara.
“Tandas yang tidak terjaga bukan sahaja boleh menimbulkan isu kesihatan seperti penyebaran penyakit berjangkit, kedatangan pelbagai haiwan tetapi juga memberi impak negatif terhadap sektor pelancongan dan ekonomi negara,” katanya.
Menerusi ruangan komen di video-video ulasan beliau, ramai yang memuji konten yang dibuat dan dapat dapat beri kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya kebersihan tandas.
Sumber: Bernama, Marissa Wong