Belum pulih sepenuhnya, Khairul Aming maklumkan terkena jangkitan bakteria daripada banjir - The Reporter

Belum pulih sepenuhnya, Khairul Aming maklumkan terkena jangkitan bakteria daripada banjir

Sumber Gambar: Tangkap Layar TikTok, Hishamraus

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Pempengaruh terkenal, Khairul Aming baru-baru ini dilaporkan tidak sihat selepas pulang dari misi bantuan banjir di Kelantan.

Selepas mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta, keadaan beliau masih sama dan telah mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Keadaan pempengaruh yang juga juga merupakan usahawan terkenal itu memmbuatkan netizen tertanya-tanya dengan kesihatan beliau.

Menerusi satu perkongsian sesi live di TikTok, Khairul Aming atau lebih dikenali sebagai KA memaklumkan beliau terkena jangkitan bakteria daripada banjir.

“Itu punca kenapa empat hari cirit-birit sampai lesu badan. Telan macam-macam pil tak jadi apa.

“Tak pasti dari makanan tak bersih atau jangkitan air banjir. Saya pun memang antibodi lemah sikit,” katanya.

Katanya, semasa hari pertama mengalami jangkitan itu, hampir 15 kali beliau terpaksa berulang alik ke tandas.

Melihat keadaan KA, ramai yang menitipkan pesanan, doa dan kata-kata semangat buat KA supaya kembali sihat seperti sedia kala.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!