Aroma nasi lemak di pagi hari boleh membuatkan sesiapa sahaja tertawan. Ditambah pula dengan keenakan sambal tumis ikan bilis yang melengkapi hidangan.
Tetapi, boleh potong selera bila disebalik hidangan yang disangka ikan bilis, rupa-rupanya seekor bangkai cicak dilihat terbenam bersama sambal nasi lemak.
Perkongsian seorang gadis melalui TikTok itu menarik perhatian ramai. Difahamkan lokasi kejadian berdekatan dengan Taman Tasik Permaisuri.
“Meniaga boleh tak jangan pengotor sangat. Ni pengotor tahap apa ni. Cicak sebesar alam boleh ada dalam nasi lemak ni!
“Sebelum makan, check la dulu ya. Fobia nak beli nasi lemak tepi jalan! Pengotor gila,” katanya.
Rata-rata netizen terkejut melihat situasi tersebut. Ada yang menganggap kejadian yang berlaku kepada gadis itu sebagai satu benda yang lucu dan tak kurang juga ada yang mengecam tindakan peniaga yang tidak mementingkan kebersihan.
“Oh, itu bahan rahsianya,” kata netizen.
“Baru tahu ada nasi lemak sambal cicak,” kata netizen lain.
“Kesiannya orang yang dah beli nasi ni hari yang sama. Tengok gaya macam dah masak sekali dalam sambal walaupun terjatuh sekalipun, dah sebati nampaknya,” kata Kak Maz.
Perkongsian tersebut telah meraih 800,000 lebih tontonan dan hampir mencecah 4,000 komen.
Sumber: TikTok Fatihahh








