Sebuah bas ekspres yang membawa 19 penumpang merempuh palang had ketinggian di Jalan Arab Malaysian menghala ke Bukit Mahkota, Bangi, malam tadi, menyebabkan tujuh individu termasuk pemandu cedera ringan.
Kejadian berlaku sekitar pukul 10.30 malam ketika bas dalam perjalanan dari Kajang menuju ke Melaka.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan 1 (KUP) Azmi Hamid memaklumkan, mangsa yang cedera terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 30 hingga 50-an. Mereka telah diberikan rawatan di zon hijau Hospital Serdang, Selangor.
Tujuh individu termasuk pemandu cedera selepas bas ekspres yang dinaiki mereka terlanggar palang had ketinggian dalam kejadian di Nilai malam tadi.
— Astro Radio News (@AstroRadioNews) July 5, 2025
Video: Media sosial#AstroRadioNews pic.twitter.com/WAGJbClkhr
Baca berita terkini:
- Polis Jeju didakwa palsukan penutupan kes orang hilang
- Thailand batal visa warga Israel susulan pertikaian di zoo Koh Samui
- Tentera Israel akui tembak kereta dinaiki Hind Rajab, buka siasatan jenayah
Menurut Azmi, operasi menyelamat dijalankan oleh sembilan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai bersama satu unit jentera serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS). Semua penumpang lain yang tidak cedera dilaporkan selamat.
Bas tersebut dipercayai gagal mengelak palang had ketinggian ketika melalui laluan tersebut. Impak rempuhan menyebabkan beberapa penumpang mengalami kecederaan akibat hentakan.




Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa. Bagaimanapun, faktor laluan serta kemungkinan kecuaian pemandu sedang diteliti. Palang had ketinggian itu dipasang bagi memastikan hanya kenderaan tertentu dibenarkan melalui jalan berkenaan.
Sumber: Utusan Malaysia, Kosmo! Online, Astro News








