'Baru live dah minta naga, hahaha!' - Gelagat Roy Azman, Tok Ram, Jalaluddin Hassan live di TikTok cuit hati netizen - The Reporter

‘Baru live dah minta naga, hahaha!’ – Gelagat Roy Azman, Tok Ram, Jalaluddin Hassan live di TikTok cuit hati netizen

Kemunculan mereka dalam program ‘Projek Bapak-Bapak’ di saluran Astro Warna mencuit hati penonton dan menjadi tular di media sosial kerana gelagat mereka.

Rancangan komedi realiti ini menampilkan selebriti popular iaitu Dato’ Jalaluddin Hassan, Dato’ Ramli MS, Roy Azman dan Jatt Ali yang rata-rata berumur antara 50-an hingga 60-an.

Seperti kita sedia maklum, Roy Azman sudah dikenali dengan lawak jenakanya. Tapi bagaimana pula dengan Tok Ram dan Dato’ Jalaluddin Hassan? Siapa sangka di sebalik wajah serius ketika berlakon di kaca televisyen, rupa-rupanya Jalaluddin Hassan merupakan seorang yang kelakar.

Tidak kurang juga dengan Tok Ram, individu yang kita kenali sebelum ini adalah sangat serius ketika mengulas sebagai juri pertandingan nyanyian tetapi juga sebenarnya seorang yang suka berjenaka.

Selepas penyertaan mereka dalam progam itu, Roy Azman sering merakamkan aktiviti harian mereka yang menarik perhatian ramai netizen.

Terbaru, satu video yang mencecah sehingga 1 juta tontonan menampilkan tiga sekawan ini membuat sesi ‘live’ di TikTok. Apa yang mencuit hati, sesi live tersebut baru saja bermula, tapi Tok Ram dan Dato’ Jalal sudah meminta ‘gift’ topi dan naga daripada netizen.

“Sabar, bawak bertenang. Baru masuk seorang. Susah la bawak ayah-ayah ni, belum apa-apa dah mintak naga,” kata Roy sambil ketawa.

Bagi mendapatkan perhatian pengikut TikTok, Jalaluddin Hassan telah menyanyikan lagu dengan harapan dapat ‘gift’ seperti yang diharapkan.

“Kenapa mintak dengan orang,tak malu ke wei,” kata Tok Ram pula.

https://www.tiktok.com/@thisisroyazman/video/7235639016383712514

Tetapi apabila ramai pengikut yang memberikan ‘gift’, mereka sangat teruja. Lagi mencuit hati apabila mereka tidak dapat membaca dengan jelas dan tidak sempat membaca komen yang dihantar kerana terlalu laju sehinggakan pengikut dan peminat mereka mengajar mereka cara membaca komen.

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat mereka dan tidak jemu melihat lawak yang disampaikan. Ada juga netizen yang menggelarkan mereka Sepahtu versi warga emas.

Sumber: TikTok Roy Azman

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!