'Bapak ayam meniaga terang-terangan kat media sosial' - Netizen minta PDRM & Menteri Komunikasi ambil tindakan - The Reporter

‘Bapak ayam meniaga terang-terangan kat media sosial’ – Netizen minta PDRM & Menteri Komunikasi ambil tindakan

Tiada lagi istilah rahsia atau tersorok, sebaliknya aktiviti promosi dilakukan dibuat secara terbuka bagi menarik minat ramai.

Satu hantaran tular memaparkan seorang individu lelaki yang didakwa membuat iklan pelacuran secara terbuka di media sosial.

Individu berkenaan juga dikatakan telah membuat tawaran seorang gadis Filiphina yang berusia 21 tahun kepada pengikut media sosial yang bertuah.

Selain itu juga, individu berkenaan juga telah mempromosikan video-video yang dipercayai mengandungi unsur pornografi di aplikasi Telegram.

Susulan itu, netizen meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan tindakan seterusnya ke atas individu terbabit.

Netizen turut memetik nama Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengambil tindakan ke atas jaringan X yang secara terang-terangan banyak membuat hantaran mengenai pornografi.

Bagaimanapun, ada netizen menyatakan kegiatan seperti ini sudah lama berlaku dalam media sosial namun tiada tindakan lanjut dibuat.

Sumber: miraersha

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!