'Ayden akan jaga mummy & adik bila besar nanti' - Ucapan Ayden sempena Hari Ibu buat Bella Astillah sebak | The Reporter

‘Ayden akan jaga mummy & adik bila besar nanti’ – Ucapan Ayden sempena Hari Ibu buat Bella Astillah sebak

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kisah mereka sekeluarga sering menjadi perhatian setelah beberapa isu kontroversi yang melanda. Namun begitu, pelakon dna penyanyi Bella Astillah tetap tabah meneruskan karier beliau demi keluarga dan anak-anak.

Sempena Hari Ibu, Bella Astillah dan ibunya telah dijemput ke sebuah stesen radio. Dalam segmen berkenaan, adiknya Didi Astillah turut dihubungi stesen radio untuk menyampaikan ucapan kepada ibunya.

https://www.tiktok.com/@era.je/video/7367195110523587857?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7367192270301562384

Ucapan kejutan juga diterima oleh Bella. Satu rakaman audio ucapan oleh anak lelakinya Ayden membuatkan Bella dan ibunya sebak.

“Ayden promise sama Mummy Ayden tak akan buat Mummy sedih. Nanti bila Ayden sudah besar, Ayden akan jaga Mummy dan adik.

“Mummy jangan kerja sampai penat tau, nanti mummy sakit. Mummy is the best mom in the world. Happy Mother’s Day mummy,” katanya.

Ucapan Ayden juga membuatkan penyampai-penyampai radio stesen berkenaan tergamam dan memuji kepandaian Ayden.

Kata Bella, kedua-dua anaknya merupakan hadiah yang terbaik buatnya.

Sumber: ERA

Related Posts