'Apa masalah kau? Bukan aku suruh dia selak kain' - Aliff Syukri nafi dakwaan pergunakan Ira Kazar - The Reporter

‘Apa masalah kau? Bukan aku suruh dia selak kain’ – Aliff Syukri nafi dakwaan pergunakan Ira Kazar

Datuk Aliff Syukri, Ira Kazar

Sudah menjadi satu kebiasaan bagi mana-mana peniaga online di negara ini untuk menunggang mana-mana isu semata-mata untuk melariskan perniagaan mereka.

Strategi menunggang isu adakalanya menjadi dan sebaliknya. Bagi yang gagal, mereka dihujani dengan pelbagai kecaman, sehingga ada yang dikenakan tindakan undang-undang.

Baru-baru ini, usahawan sensasi Datuk Aliff Syukri didakwa sengaja menggunakan Ira Kazar, isteri kepada pelakon dan pengarah popular, Syamsul Yusof, untuk mempromosikan produknya.

Bukan suruh dia selak kain

Bagaimanapun, usahawan berusia 36 tahun itu tampil menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa dia hanya memberi peluang pekerjaan kepada Ira Kazar.

“Aku bayar Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan zakat puluh juta. Ada orang pandang? Bukan aku suruh dia (Ira) selak kain. Aku suruh dia jadi model. Apa masalah kau?!

“Jadi kepada anda, jangan nak buat benda yang sia-sia kata saya ambil selebriti yang bad marketing. Habis saya ambil Erra Fazira, Fasha Sandha tak nak pula kau viralkan. Itulah masalah kau sebenarnya,” katanya.

Usah fikir negatif

Aliff sedar kenyataannya itu mungkin tidak dapat diterima oleh semua dan dia juga tidak kisah sekiranya orang ramai tidak mahu membeli produknya.

“Saya minta maaf jika saya terkasar bahasa. Kalau awak fikir negatif, akan jadi negatif dan begitu juga sebaliknya.

“Kalau nak tahu, selebriti yang saya ambil ini adalah benda yang dipersetujui dan saya tiada kena mengena dengan mereka. Saya hanya menjual barang saya dan tidak pernah menyuruh anda menyokong mana-mana pihak.

“Kalau nak beli Alhamdulillah, kalau tak nak beli pun it’s okay. Saya takkan paksa anda,” ujarnya.

Sumber: Xtra

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!