Pelanggan terkejut jumpa anak tikus hidup dalam hidangan mi daging lembu | The Reporter

Pelanggan terkejut jumpa anak tikus hidup dalam hidangan mi daging lembu

Anak tikus hidup ditemui dalam hidangan mi beras daging lembu bersos sate
Tangkap layar video tular yang memaparkan anak tikus hidup ditemui dalam hidangan mi beras daging lembu bersos sate di Kwai Chung, Hong Kong.

Seorang pelanggan di Kwai Chung, Hong Kong terkejut selepas menemui seekor anak tikus yang masih hidup dalam hidangan mi beras daging lembu bersos satay yang dibelinya secara bawa pulang (takeaway).

Kejadian itu berlaku pada Isnin selepas wanita berkenaan membeli set makanan daripada sebuah restoran yang terletak di Wah Sing Industrial Building, Wah Sing Street, Kwai Chung.

Set makanan berkenaan terdiri daripada mi beras daging lembu bersos satay, telur dadar Bersama hirisan ham dan minuman.

Menurut laporan, pelanggan itu hanya menyedari kehadiran haiwan berkenaan selepas membuka bekas makanan di pejabatnya. Anak tikus yang masih belum berbulu itu dilihat bergerak di dalam kuah satay dan video penemuan tersebut kemudiannya tular di media sosial.

Pelanggan berkenaan dilaporkan menyimpan makanan tersebut dan membuat aduan kepada Jabatan Makanan dan Kebersihan Alam Sekitar Hong Kong (FEHD). Jabatan itu kemudian mengambil makanan berkenaan untuk pemeriksaan serta menjalankan pemeriksaan terhadap premis terbabit.

Baca juga:

Hasil pemeriksaan awal mendapati keadaan kebersihan di beberapa bahagian premis berkenaan tidak memuaskan. Pihak berkuasa turut meneliti keseluruhan proses termasuk penyediaan makanan, pembungkusan, penyimpanan dan penghantaran bagi menentukan bagaimana anak tikus berkenaan boleh berada dalam makanan tersebut.

Pemilik restoran, yang dikenali sebagai Mike, menyifatkan kejadian itu sebagai mengejutkan dan berkata restoran berkenaan telah beroperasi lebih setahun tanpa menerima aduan seumpama itu sebelum ini.

Dia turut memaklumkan premis tersebut terletak di kawasan perindustrian yang kadangkala mempunyai masalah tikus. Bagaimanapun, pihak restoran mendakwa melakukan pembersihan secara berkala serta menggunakan perkhidmatan kawalan makhluk perosak.

Sumber:DimSum Daily

Related Posts