Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Penyanyi legenda rock tanah air, Datuk Amy Search, tampil membuat laporan polis terhadap penyanyi Shila Amzah susulan isu panas yang tular sejak minggu lalu.
Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Datuk M Reza Hassan, yang memaklumkan anak guamnya telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam malam tadi untuk memberi keterangan.
“Amy memfailkan laporan terhadap Shila Amzah dan memberi keterangan kepada pegawai penyiasat,” katanya.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, turut mengesahkan laporan berkenaan, namun menjelaskan bahawa ia lebih kepada laporan penafian dan telah dirujuk ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut.
“Ya, ada laporan. Tapi lebih kepada ‘covering report’ dan penafian. Laporan itu dirujuk ke IPD Dang Wangi,” katanya ringkas.
Baca juga:
- Amira Othman umum hamil 30 minggu
- Isu gelaran juara, Zaha Spring pertahan kenyataan Ameng
- Dari gurauan jadi kenyataan, lelaki sahut cabaran TokTi joging 8KM
Terdahulu, tular di media sosial mengenai insiden seorang penyanyi lagenda yang didakwa ‘menyerang’ Shila Amzah ketika sesi latihan konsert. Pelbagai spekulasi mula timbul susulan insiden kejadian dan nama penyanyi Awie turut disebut sebagai individu yang terlibat dalam isu tersebut.
Namun Awie tampil menafikan dakwaan dan meminta Amy Search bertanggungjawab dalam insiden berkenaan.
Shila dalam satu temu bual mengesahkan Amy merupakan penyanyi lagenda yang disebut. Ujarnya, kejadian serangan verbal berkenaan menyebabkan timbul tekanan emosi terhadapnya apatah lagi kejadian itu disaksikan oleh ramai pihak.
Sumber: Berita Harian








