'Amy, kau ceritalah benda betul, penat nak menjawab!' - Awie | The Reporter

‘Amy, kau ceritalah benda betul, penat nak menjawab!’ – Awie

Awie meminta Amy Search agar tampil menceritakan keadaan sebenar
Awie akui sudah penat menjawab segala persoalan. Gambar: HibGlam

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Beberapa hari lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita penyanyi Shila Amzah telah diserang oleh seorang penyanyi lagenda semasa mengadakan latihan konsert. Susulan itu, pihak polis mengesahkan menerima laporan daripada penyanyi berkenaan.

Bagaimanapun, nama penyanyi rock terkenal, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, dipetik oleh netizen sebagai individu yang dikaitkan dengan kejadian tersebut.

Baca juga:

Memetik laporan Utusan Malaysia, Awie tampil menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau terlibat dalam sebarang insiden berkenaan kerana tidak berada di lokasi ketika sesi latihan Konsert Ulang Tahun Ke-20 Mr D.I.Y berlangsung.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook, Awie turut meminta penyanyi terkenal Amy Search agar tampil menceritakan hal sebenar.

“Amy Search, kau ceritalah benda yang betul. Habis semua manusia kepoh ni tuduh aku,” katanya.

Ujarnya lagi, Amy perlu mengambil tanggungjawab untuk menjelaskan perkara sebenar agar dirinya tidak terus dikaitkan.

“Ambillah tanggungjawab ni bagitahu perkara yang sebenarnya. Penat dan senak dada aku nak membaca dan menjawab hal kau!” tambahnya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada kenyataan berkenaan merujuk secara langsung kepada insiden membabitkan Shila atau isu lain yang mungkin sedang berlaku antara mereka.

Related Posts