Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pelawak dan pelakon terkenal, Amir Raja Lawak meluahkan rasa syukur apabila masih ramai rakan artis dan individu dalam industri hiburan mengambil berat tentang keadaannya, lebih-lebih lagi ketika dirinya berdepan ujian hidup kebelakangan ini.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik, Amir menjawab persoalan sesetengah pihak yang mungkin tertanya-tanya sama ada rakan-rakan artis ada bertanya khabar atau tidak.
“Kot ada yang tertanya-tanya kawan-kawan artis tak ada bertanya khabar ke? Alhamdulillah ada je ni,” katanya ringkas membuka bicara.
Menurut Amir, antara yang awal menghubunginya termasuk pelakon dan aktivis sosial, Cip Lando Zawawi (Vrus) yang menunjukkan keprihatinan luar biasa.
“Mamat Sepah pun bertanya khabar jugak, Cip Lando Zawawi Vrus pun hari tu awal-awal lagi call saya bertanya khabar, bila saya bagitahu keadaan sebenar dan belum habis ayat lagi, dia terus mintak nombor akaun. Sangat steady Cip,” kongsinya penuh penghargaan.
Baca juga:
- Nash alami serangan jantung, 80 peratus saluran tersumbat
- Siti Nurhaliza terlibat kemalangan, sahkan tiada kecederaan serius
- Anak Norish Karman sebak terima puluhan ribu sebagai gaji daripada Aliff Syukri
Amir turut mendedahkan bahawa bukan sekadar pelakon dan pelawak, malah ramai juga individu di belakang tabir industri hiburan tampil menghulurkan sokongan.
“Produser, orang belakang tabir, kawan-kawan artis, dan geng pelawak lain pun ada yang ambik cakna jugak. Cuma yang dua orang ni selalu nampak aktif dengan saya, jadi saya sebut nama diorang je la ye,” jelasnya.
Apa yang lebih menyentuh hati, Amir menyebut nama pelakon dan pengacara Zizan Razak, meskipun menyedari Zizan tidak gemar kebaikannya dihebahkan.
“Yang Zizan ni pulak saya kena bagitahu jugak, kalau ikutkan dia sendiri mungkin tak mahu benda ni diceritakan. Cuma saya nak orang tahu dia ada bersama saya, dan saya saksi Zizan orang yang baik hati,” katanya.








