Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Amber Yantar, prototaip kenderaan elektrik terbaru dari Rusia telah digelar sebagai kereta paling hodoh di dunia kerana reka bentuknya yang aneh dan tidak menarik.
Kebiasaannya, prototaip kereta mempunyai reka bentuk yang menarik perhatian dan menangkap imaginasi orang ramai. Perkongsian prototaip adalah cara yang menarik untuk mempamerkan visi masa depan sesebuah jenama kereta. Namun, dalam kes ini, perkara itu tidak berlaku.
Amber Yantar, adalah sebuah prototaip EV baru yang direka oleh Avtotor. Sebuah syarikat pembuatan kereta di Rusia yang berpusat di Kaliningrad, bekerjasama dengan Institut Politeknik Moscow.
Menurut laporan, prototaip ini telah ditayangkan kepada umum sejak seminggu lalu. Namun ia telah menjadi bahan ketawa orang ramai dan gambar-gambar kenderaan ini juga turut tular di media sosial.
Avtotor memaklumkan, pihaknya merancang untuk menghasilkan lebih 50,000 Amber Yantar pada tahun 2025, di kilangnya di Kaliningrad. Serta menambah bahawa, semua komponen utama seperti motor elektrik, inverter, papan kawalan dan bateri, akan direka dan dibina di Rusia.
Untuk pengetahuan, pengeluar kereta di Rusia yang lain sebelum ini pernah membuat tuntutan yang sama pada masa lalu. Namun akhirnya, mereka menjalinkan kerjasama dengan China.
Walaupun tidak banyak butiran yang didedahkan, model Amber Yantar adalah kereta EV yang mampu dimiliki golongan berpendapatan rendah. Ia didatangkan dengan bateri 25kW/h, yang boleh disewa. Selain itu, Yantar boleh mencapai kelajuan maksimum iaitu 105km/j.
Tinjauan mendapati, ramai yang menyatakan mereka tidak berminat dengan model EV berkenaan selepas melihatnya di depan mata. Reka bentuknya yang pelik mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai dan perkara itu tular di media sosial.
Avtotor kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa Amber Yantar akan mempunyai reka bentuk yang berbeza selepas ia berada di pasangan. Dan apa yang ditunjukkan hanya sekadar prototaip sahaja.
Sumber: Oddity Central