Alif Teega serah semua harta kepada Aisyah sebagai tanda cinta & penghargaan - The Reporter

Alif Teega serah semua harta kepada Aisyah sebagai tanda cinta & penghargaan

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Usahawan dan pempengaruh, Aisyah Hijanah mengeluarkan kenyataan menerusi hantaran di Instagram memaklumkan segala harta sepencarian bersama suaminya telah dipindahkan 100 peratus ke atas namanya.

Menurut Aisyah, wanita tidak perlu terburu-buru menuntut penceraian apabila mendapati suami mereka berkahwin lain. Sebaliknya bersabar dan bertenang untuk menghadapi apa yang berlaku.

“Jangan hancurkan semuanya hanya disebabkan amarah kita. Secure your rights and efforts. Don’t give up too early,” katanya yang juga menafikan dirinya tamak atau gila harta. Sebaliknya mahu menjamin masa depan yang baik untuk diri dan anak-anak.

Sementara itu, suami Aisyah, Alif Teega, juga mengeluarkan kenyataan melalui platform yang sama.

Bagi Alif keputusan yang dibuat itu sebagai tanda cinta dan penghargaan kepada isteri pertamanya itu.

“Alif buat keputusan untuk memindahkan segala aset dan harta sepencarian sepanjang perkahwinan kami. Alif pindahkan semuanya atas nama Aisyah. 100 peratus buat Aisyah.

“Insya-Allah Alif akan sedaya upaya bantu di belakang. Usaha sehabis baik untuk terus majukan Hijanah, guide Aisyah untuk terus bawa Hijanah ke depan lagi.

“Alif yakin Aisyah mampu untuk lead Hijanah sepenuhnya,” katanya.

Alif mengakui bahawa, pengalaman yang dialaminya telah mengajarnya banyak perkara. Dia turut memuji Aisyah kerana menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dengan baik dan juga membantu Alif menjadi seorang suami yang lebih baik.

Sumber: Instagram Alif Teega

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!