'Ada ahli PAS tak selesa Sanusi karaoke sampai pagi' - Ketua Dewan Ulama PAS Pusat - The Reporter

‘Ada ahli PAS tak selesa Sanusi karaoke sampai pagi’ – Ketua Dewan Ulama PAS Pusat

Sumber gambar: Google Images

Baru-baru ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menasihatkan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor untuk memberikan tumpuan kepada tugasnya berbanding menyertai sesi karaoke di TikTok.

Tindakan Sanusi yang melayan sesi karaoke dalam talian sehingga lewat pagi juga dikatakan tidak disenangi oleh sesetengah ahli parti PAS.

Menurut Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ahmad Yahya, parti itu ada menerima pelbagai teguran malah sesetengah ahli menganggap Sanusi sebagai melakukan dosa besar.

Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah serta Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, ahli parti terasa tidak wajar Sanusi melayan anak muda menyanyi sedangkan mereka sendiri diminta bermunajat, qiamullail, berzikir dan seumpamanya.

Ketika sesi berkenaan, dikatakan isteri kepada Sanusi, Jusmalailani Jusoh ada bersama menemaninya.

Bagaimanapun, Ahmad berkata tindakan Sanusi merupakan satu langkah berkesan untuk menarik golongan tertentu untuk mendekati PAS.

Terdahulu, Sanusi mengundang kecaman orang ramai apabila tular rakaman video beliau dan seorang wanita berkaraoke melalui platform TikTok sehingga jam 2 pagi.

Sanusi telah mempertahankan tindakannya berkenaan dengan berhujah, ia tidak melanggar sebarang undang-undang mahupun arahan agama.

Sumber: Malaysia Kini

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!