Abang Tesla nafi kahwin dua sebab nak anak, enggan kongsi punca kerana ia hal peribadi - The Reporter

Abang Tesla nafi kahwin dua sebab nak anak, enggan kongsi punca kerana ia hal peribadi

Sumber gambar: Podcast Caprice

Kisahnya pernikahannya buat kali kedua masih heboh diperkatakan sehinggakan beberapa selebriti dan juga pempengaruh mengulas panjang lebar mengenai isu tersebut. Tidak melatah dengan kecaman yang dilemparkan, sebaliknya pempengaruh yang dikenali sebagai Abang Tesla dengan kekal tenang menjawab segala persoalan.

Satu podcast telah dianjurkan oleh usahawan dan juga selebriti, Carprice, menjemput Abang Tesla dan isteri pertamanya untuk merungkai segala persoalan serta tohmahan yang telah dibuat ke atasnya setelah pernikahan kali keduanya itu mengundang kontroversi. Dalam sesi tembual itu juga, isteri Caprice, Farra Inalis, serta tetamu jemputan, Datuk Nazir, juga turut serta dalam temubual itu.

Kahwin kali kedua bukan sebab faktor nak dapatkan anak

Ketika disoal mengapa dia memilih untuk bernikah untuk kali kedua, Abang Tesla menjelaskan kerana faktor situasi yang sukar untuk diceritakan dan terlalu peribadi. Dia juga menolak tuduhan yang mengatakan dia memilih jalan tersebut kerana faktor anak seperti yang tular sebelum ini.

“Ketika itu emosi tengah marah, tangan tertaip sendiri. Anak bukan faktor pernikahan kali kedua ini. Itu hal dalam kain. Saya tak nak bercerita. Itu adalah takdir.

“Kita pernah buat proses IVF dan sekarang dah berusaha. Isteri pernah mengandung dan gugur,” katanya.

Nafi pergunakan isteri untuk raih perhatian di media sosial

Farra Innalis

Farra Innalis tidak menolak segala kemungkinan kisah ini dikecam kerana ia melibatkan perasaan seorang perempuan. Dia juga mempersoalkan kenyataan netizen yang mengatakan seolah-olah Abang Tesla mempergunakan isterinya, Maj, sebagai konten untuk meraih perhatian.

“Saya tak gunakan isteri saya. Saya takut benda tu akan jadi fitnah, sebab dalam komen dah kecam itu sebabnya,” kata Abang Tesla.

Perempuan juga ada hak untuk memilih

Setelah mendengar penjelasan daripada kesemua pihak, isu tersebut kata Farra Innalis sebenarnya mengenai pilihan individu.

Caprice akui dia terpaksa beli beg mewah untuk isterinya gara-gara isu Abang Tesla kahwin dua

“Apa-apa dalam hidup ni bergantung kepada pilihan juga. Contohnya, dia ada pilihan untuk kahwin lain. Kita pun ada pilihan untuk pilih lelaki kita, samada kita pilih nak stay (terus bersama) atau chow (angkat kaki). So itu adalah pilihan. Dalam hidup ni kita sentiasa ada pilihan dan Allah itu adil dan beri kita akal untuk berfikir.

“Jadi lelaki memilih untuk berkahwin nak ramai, ada perempuan memilih untuk stay, atau pun ada perempuan memilih untuk chow. So, tak salah la. Kita hormat pilihan masing-masing,” katanya.

Rata-rata netizen menyokong dengan pendapat yang dinyatakan oleh Farra Innalis dan menyatakan dia mewakili suara-suara wanita yang tersakiti.

Sumber: Caprice, Naifaz93

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!