Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendedahkan sokongannya terhadap Argentina pada Piala Dunia FIFA 2026 bukan disebabkan bintang bola sepak Lionel Messi, sebaliknya kerana Presiden Argentina, Javier Milei.
Dalam penampilan di The Mojo Podcast kendalian pelawak Israel, Ben Ben Baruch, Netanyahu ditanya sama ada Messi menjadi sebab beliau menyokong Argentina dalam kejohanan berprestij itu.
Namun, Netanyahu segera menyebut nama Milei sebelum Messi sambil memuji kepimpinan Presiden Argentina tersebut.
“Bukan. Sebelum Messi, Milei. Dia seorang bintang besar,” kata Netanyahu.
Baca juga:
- Netanyahu dedah sebab sokong Argentina di Piala Dunia
- 900 ekor ular terlepas selepas ladang musnah akibat banjir Taufan Maysak di China
- ‘Kami mengecewakan anda’ – Balogun mohon maaf kepada penyokong AS
Beliau kemudian menyifatkan Milei sebagai seorang ‘superstar’ dan memuji pendekatan ekonomi pemimpin Argentina itu menerusi penerapan prinsip ekonomi bebas.
“Dia seorang bintang. Dia seorang superstar, benar-benar begitu, dengan menerapkan ekonomi bebas. Tetapi Milei ialah sahabat besar Israel,” katanya.
Milei yang memegang jawatan Presiden Argentina sejak Disember 2023 sebelum ini dikenali dengan dasar ekonomi berorientasikan pasaran bebas serta hubungan rapat dengan Israel.
Dalam perbualan sama, Netanyahu turut menyentuh mengenai Messi dan skuad bola sepak Argentina, dengan mengakui kehadiran pemain berpengalaman seperti penyerang berusia 39 tahun itu menjadi antara kekuatan pasukan tersebut.
Beliau turut berkongsi bahawa pernah bertemu Messi ketika pemain itu berkunjung ke Israel bagi satu perlawanan persahabatan.









