'Rafizi, Nik Nazmi tergugur keahlian PKR' - Fuziah Salleh | The Reporter

‘Rafizi, Nik Nazmi tergugur keahlian PKR’ – Fuziah Salleh

Kenyataan media KEADILAN mengenai keanggotaan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang tergugur selepas umum keluar parti
Gambar: Facebook Fuziah Salleh, Utusan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengesahkan telah menerima rakaman ucapan daripada Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengumumkan pengosongan kerusi Parlimen serta keluar daripada parti itu.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, parti tersebut menerima keputusan berkenaan dan mengesahkan bahawa keanggotaan kedua-dua pemimpin itu gugur secara automatik berdasarkan Fasal 9(1)(c) Perlembagaan parti selepas mereka mengisytiharkan keluar parti.

Menurut beliau, tindakan tersebut juga adalah selaras dengan Perkara 49A(1)(a)(ii) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa kerusi Ahli Dewan Rakyat hendaklah dikosongkan sekiranya seseorang ahli Parlimen tidak lagi menjadi anggota parti politik yang diwakilinya ketika dipilih.

“Pengisytiharan itu jelas bertepatan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:

Tambah beliau, KEADILAN akan merujuk status kedua-dua Ahli Parlimen berkenaan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat bagi penentuan lanjut mengenai kedudukan mereka sebagai wakil rakyat.

Dalam masa sama, parti itu turut memaklumkan akan meneliti status keanggotaan ahli Parlimen KEADILAN lain yang terlibat dalam program berkaitan.

Related Posts