Penunggang motosikal kritikal dirempuh kereta lawan arus, keluarga rayu doa buat mangsa | The Reporter

Penunggang motosikal kritikal dirempuh kereta lawan arus, keluarga rayu doa buat mangsa

Penunggang motosikal kritikal dirempuh pemandu mabuk
Tangkap layar video tular, dijana menggunakan AI.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang penunggang motosikal cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu melawan arus dalam kejadian di Persiaran Kota, Klang, awal pagi 13 Mei 2026.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Hueymemaklumkan, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, sebuah Perodua Bezza dipandu seorang lelaki tempatan berusia 30-an dipercayai memandu secara melulu dan melawan arus sejauh kira-kira 3.5 kilometer dari arah Pelabuhan Klang menuju Shah Alam sebelum merempuh motosikal mangsa yang berada di laluannya.

Akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an tercampak dan mengalami kecederaan parah pada anggota badan serta kaki kanan. Mangsa kini sedang menerima rawatan kritikal di zon merah di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, manakala pemandu kereta hanya mengalami kecederaan ringan.

Saringan awal polis mendapati pemandu berkenaan positif alkohol. Suspek kemudian ditahan serta-merta dan permohonan reman telah diperoleh di Mahkamah Majistret Klang sehingga 15 Mei 2026 bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kecederaan. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara minimum tujuh hingga 10 tahun, denda antara RM30,000 hingga RM50,000 serta penggantungan lesen memandu.

Sementara itu, ahli keluarga mangsa memaklumkan perkembangan mangsa yang dikenali sebagai Zulfiqar Zamir atau Ajoi.

Baca juga:
@ezanybudakbaik_

Lagi kes pandu lawan arus dan mabuk ( 2 kesalahan berat) hingga menyebabkan kemalangan dengan sebuah motosikal awal pagi tadi. Mangsa dilaporkan kritikal. Lokasi: Klang arah Shah Alam. Hukum Penjara Di Kandang Babi.! Video: Orang Awam #fyp

♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

Menurut hantaran di Thread, mangsa mengalami pendarahan serius akibat pelanggaran itu dan kini menerima rawatan di zon merah hospital. Ahli keluarga turut memaklumkan keadaan mangsa masih belum stabil selepas jantungnya dilaporkan tiba-tiba menjadi laju ketika sedang dirawat.

“Ya Allah, tolong doakan anak buah saya. Pendarahan pada anak buah saya banyak daripada yang disangka. Sekarang dia masih di zon merah,” tulis waris mangsa dalam perkongsian yang tular di media sosial.

Dalam masa sama, ahli keluarga mangsa turut menyeru orang ramai supaya menularkan kes tersebut agar mangsa mendapat pembelaan sewajarnya. Mereka juga mendesak kerajaan mengambil tindakan lebih tegas terhadap isu pemanduan di bawah pengaruh alkohol bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Related Posts