Ustaz Elyas tegur wanita kritik hidangan raya | The Reporter

Ustaz Elyas tegur wanita kritik hidangan raya

Ustaz Elyas Ismail beri teguran mengenai adab tetamu terhadap juadah raya tuan rumah
Gambar: Facebook Ustaz Elyas Ismail.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Baru-baru ini, tular video seorang wanita yang mempertikaikan juadah raya yang disediakan oleh tuan rumah.

Bagaimanapun, pandangan tersebut menerima kritikan ramai kerana dianggap tidak sensitif terhadap usaha serta kemampuan tuan rumah dalam menyediakan juadah.

Susulan itu, pendakwah, Ustaz Elyas Ismail tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular berkenaan.

Menurut beliau, setiap tuan rumah menyediakan hidangan mengikut kemampuan masing-masing, termasuk ada yang menyediakan juadah mewah, masakan kampung atau sekadar hidangan ringkas. Justeru, tetamu seharusnya menerima apa yang dihidangkan dengan penuh kesyukuran tanpa mempertikaikannya.

“Setiap tuan rumah ada kemampuan masing-masing, terima seadanya, bukan semata-mata nak makan tapi ziarah dan mendoakan persaudaraan.

“Ada yang mampu bagi hidangan yang sedap-sedap, menu yang mungkin tahap level antarabangsa. Kadang mungkin tahap mungkin level kampung saja. Kadang mungkin yang biasa-biasa saja. Dia bagi sup ke apa sekalipun, terima seadanya,” katanya.

Baca juga:

Beliau turut mengingatkan bahawa Rasulullah SAW tidak pernah mencela makanan. Jika Baginda menyukai sesuatu hidangan, Baginda akan memakannya dan jika tidak, Baginda akan meninggalkannya tanpa sebarang komen atau kecaman.

Tambahnya, sikap menghargai usaha tuan rumah adalah penting kerana menyediakan makanan kepada tetamu merupakan satu amalan mulia yang besar ganjarannya dalam Islam.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan agar tetamu tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan tuan rumah kerana ia boleh mencemarkan adab dan mengundang kemurkaan Allah.

Related Posts