Khairul Aming terima Anugerah Maulidur Rasul | The Reporter

Khairul Aming terima Anugerah Maulidur Rasul

Khariul Aming menerima anugerah Maulidur Rasul daripada Yang di Pertuan Agong.
Gambar: Tangkap layar LIVE RTM.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming, dianugerahkan sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan 1447H/2025.

Beliau menerima pengiktirafan itu bagi kategori Usahawan/Teknokrat Berjaya.

Baca juga:

Menerusi satu hantaran di Instagram, Khairul Aming menyatakan bahawa anugerah tersebut amat bermakna buat dirinya, selain turut didedikasikan kepada semua peniaga di negara ini.

“Anugerah ini KA tujukan kepada semua peniaga di luar sana. Ada yang berniaga dalam hujan dan panas, ada yang menitis air mata bila banyak tak terjual, ada yang tak tidur malam fikirkan gaji pekerja, ada yang rugi tapi masih mampu tersenyum lebar. Anda semua orang yang kuat.

“Teruskanlah berniaga dan yakinlah dengan rezeki yang Allah SWT berikan. Yang penting, sama-sama kita berniaga dengan cara yang ikhlas, berkat dan halal,” katanya.

Anugerah Maulidur Rasul itu telah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang turut menyaksikan Angeline Tan menerima anugerah bagi kategori Saudara Baru Cemerlang (Mualaf).

Related Posts