Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Di sebalik wajah ayu dan sikapnya yang tenang, siapa sangka Sophia Albarakbah yang baru-baru ini dinobatkan sebagai Selebriti Feminin Terhangat di Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025, pernah ditolak menjadi pengawas sekolah kerana terlalu pendiam hingga suara pun sukar didengar.
Sophia berkata, ketika itu kakaknya merupakan seorang pengawas dan ibu mereka memang berharap semua anaknya turut menyandang jawatan sama. Namun berbeza dengan kakaknya yang berani dan tegas, Sophia pula sangat pemalu.
“Saya tak nak pun jadi pengawas, tapi ikut juga pergi interview. Lepas balik, kakak saya beritahu mommy saya tak diterima. Cikgu kata saya lembut macam taufu, suara pun tak dengar,” katanya.

Baca juga:
- Isu gelaran juara, Zaha Spring pertahan kenyataan Ameng
- Dari gurauan jadi kenyataan, lelaki sahut cabaran TokTi joging 8KM
- Ameng nafi dakwaan tuju istilah ‘juara tak ke mana’ pada individu
Bukan sombong, cuma susah buka mulut bila tak kenal
“Saya anak nombor dua daripada empat beradik perempuan. Dari kecil saya tak bersuara langsung. Orang tanya nama pun saya diam. Saya introvert dan takut orang,” jelasnya.


Bagaimanapun, Sophia kini lebih terbuka kerana terlibat dalam industri seni, dia tetap kekal dengan perwatakan asal jika berada dalam kalangan orang yang tidak dikenali.
“Bila dah besar dan terbabit dalam industri ini, takkan selamanya nak macam tu. Tapi kalau tak ada orang yang saya kenal, saya tetap jadi diri saya. Cuma jangan salah anggap saya sombong sebab kalau orang tegur, saya tetap akan jawab,” katanya lagi.
Sumber: Harian Metro








