Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kecewa selepas beg tangan jenama keluarannya dipijak secara terbuka oleh selebriti kontroversi, Diva AA (Azwan Ali) dalam satu siaran langsung yang kini tular di media sosial.
Insiden itu berlaku ketika Aliff sedang giat mempromosi kempen jualan beg tangan terbaharunya yang bakal mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) pada 3 Ogos ini.
“Kalau tak suka pun, jangan pijak. Benda ni tak kelakar,” kata Aliff dalam satu video yang dimuat naik di media sosialnya.
Menurut Aliff, tindakan Diva AA itu dianggap melampau, tidak beradab dan langsung tidak profesional, apatah lagi dilakukan ketika beliau dan anak-anak sedang tidak sihat.
Baca juga:
- Ibu Zahirah MacWilson dakwa hubungan dengan anak semakin renggang
- Fattah Amin dan Amira Othman timang cahaya mata lelaki
- Marissa Dania, Aslam disahkan bukan lagi suami isteri
Aliff enggan saman, tapi tetap takkan maafkan
Meskipun dilihat beremosi, Aliff memutuskan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Diva AA kerana menganggap saman tersebut tidak berbaloi.
“Aku tak nak saman sebab kau tak ada duit… Aku tak maafkan kau, sampai mati aku akan ingat benda ini,” katanya dengan nada marah dan kecewa.
Usahawan itu juga menafikan dakwaan bahawa insiden tersebut hanyalah gimik, sebaliknya menegaskan bahawa beliau serius mahu mencipta rekod menerusi kempen jualan beg tangan secara langsung.
Sumber:TikTok Ezrein








