Tiada persefahaman punca isteri Fikry minta dilepaskan | The Reporter

Tiada persefahaman punca isteri Fikry minta dilepaskan

Fikry Ibrahim dan isteri bergambar mesra di atas kapal sebelum isu rumah tangga timbul
Detik bahagia Fikry Ibrahim dan isterinya sebelum hubungan dilanda ujian

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


• Isteri Fikry Ibrahim failkan cerai selepas 4 bulan berkahwin atas alasan tiada persefahaman
• Peguam syarie sahkan masih ada ruang untuk perdamaian
• Fikry tidak hadir prosiding, sebutan semula kes dijadualkan 10 September

Selepas hanya empat bulan mendirikan rumah tangga, isteri kepada pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim, Siti Khalizah Alihan, memfailkan permohonan cerai atas alasan tiada lagi persefahaman.

Bagaimanapun, beliau memilih untuk berdiam diri ketika ditemui selepas menghadiri prosiding pertama di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, hari ini.

Ketika didekati wartawan, Khalizah memohon maaf kerana tidak dapat memberikan sebarang komen sebelum beredar.

Peguam syarie yang mewakili Khalizah, Wan Muhammad Afiq Mohd Razib, mengesahkan permohonan itu dibuat berlandaskan Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

“Saya hanya boleh maklumkan punca perceraian adalah tiada persefahaman. Pihak defendan telah menerima surat permohonan cerai,” katanya yang juga memaklumkan anak guamnya masih bersikap terbuka untuk berbincang.

Difahamkan, permohonan cerai difailkan sekitar Mei lalu dan mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula pada 10 September depan. Fikry pula tidak hadir ke mahkamah dan tidak dapat dihubungi pihak media untuk memberi sebarang kenyataan.

Sumber: mStar Online

Related Posts