“Doakan saya dan Bella.” Demikian permintaan ringkas namun penuh makna daripada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, ketika ditanya pemberita mengenai hala tuju hubungannya dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astilah.
Syed Saddiq berkata, beliau sedang menantikan keputusan mahkamah pada 17 April ini dan berharap agar orang ramai dapat mendoakan agar segalanya berakhir dengan baik buat dirinya dan Bella.
Sebelum itu, pasangan berkenaan menjadi tumpuan ramai ketika menghadiri Majlis Perasmian Cik Bakes di Kok Lanas, Kelantan pada Ahad lalu yang menyaksikan kehadiran lebih 2,000 peminat pelbagai peringkat usia.
- UMNO kekal sokong Kerajaan Perpaduan hingga PRU akan datang
- Bangunan bertingkat didiami Rohingya di Sungai Makau akan diroboh ikut undang-undang
- Catatan doa dan persiapan Haji Lisa Surihani raih perhatian
- Aduan ugutan jenayah Albert Tei terhadap Azam Baki diklasifikasikan sebagai NFA
- MPKj sahkan binaan haram di Sungai Makau, keluarkan notis penguatkuasaan
Rata-rata peminat mula membanjiri lokasi acara seawal jam 11 pagi semata-mata ingin melihat lebih dekat pasangan yang kini sering menjadi bualan hangat di media sosial itu.
Difahamkan, Syed Saddiq dan Bella diterbangkan khas ke Kelantan oleh pemilik jenama Cik Bakes, Anis Arnisha Mohd Rosdan, untuk meraikan pelanggan setia perniagaan tersebut di negeri itu.
Mereka turut meluangkan masa hampir tiga jam bergambar dan beramah mesra bersama pengunjung yang tidak melepaskan peluang bertemu dan menyapa pasangan sejoli berkenaan secara langsung.
Sumber: Sinar Harian








