Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Netizen di media sosial masih lagi membincangkan isu Makcik Kemboja keluar kenyataan menghina Melayu Malas. Dalam perkembangan terkini, tular video seorang lelaki yang mendakwa Makcik Kemboja itu adalah ibunya.
Dalam video tular itu, lelaki berkenaan dipercayai tidak berpuas hati dengan netizen yang mengeluarkan kata-kata kesat dan berunsur penghinaan terhadap ibunya.
“Ni, anak Makcik Kemboja kat sini. Aku cabar engkau, daripada menyalak macam anjing dekat TikTok.. aku cabar kau face (bersemuka dengan) aku dekat kilang ini.
“Yang kau hina tu mak aku tahu, si*l. Kalau setakat menyalak macam anjing, ‘Gong! Gong! Gong! Gong! Gong! Gong!’ Haa ni anak Makcik Kemboja kat sini.
“Aku dah tak takut dah kat kau. Aku memang tak pernah takut pun dengan kau,” tegasnya dalam video tersebut.
Terdahulu, ahli perniagaan berasal dari Kemboja didakwa mengeluarkan kenyataan yang mendakwa bangsa Melayu sebagai pemalas berbanding bangsa Kemboja yang rajin.
Kenyataan wanita itu mengundang 17 laporan polis yang telah dibuat oleh orang awam. Kertas siasatan telah dibuka atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang mengapikan sesuatu kaum.
Sumber: TikTok