Polis terima 14 laporan berkaitan isu wanita Kemboja dakwa 'Melayu Malas' - The Reporter

Polis terima 14 laporan berkaitan isu wanita Kemboja dakwa ‘Melayu Malas’

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


14 laporan polis diterima membabitkan isu tular yang berkaitan dengan seorang wanita yang didakwa berasal dari Kemboja yang mengeluarkan kenyataan ‘Melayu malas.’

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, laporan itu dibuat pelbagai pihak selepas sebuah video berdurasi satu minit tujuh saat dimuat naik oleh seorang pemilik akaun yang memaparkan wanita terbabit telah mengatakan Melayu malas pada Ahad lalu.

Menurutnya, susulan laporan polis berkenaan, Jabatan Siasatan Jenayah Melaka telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan sesuatu kaum.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Polis juga menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai rakaman video memaparkan wanita yang menjalankan perniagaan jahitan pukal itu sedang mengadakan penstriman langsung di sebuah gedung pakaian Muslimah.

Difahamkan, wanita itu merupakan seorang pemilik gedung tekstil yang menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor.

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!