Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Dalam perkembangan terkini, Dayang Thaqifah memaklumkan kedua-dua kaki anaknya telahpun dipotong semalam dan kini tangan kanan anaknya sudah mula bengkak dan kehitaman.
“Awal pagi tadi doktor minta kebenaran untuk belah tangan Thaqif bagi kurangkan tekanan. Kuman merebak sangat cepat. Saya redha dengan apa jua ketentuan Allah,” tulisnya 56 minit sebentar tadi.
Lapor Harian Metro, pelajar tahfiz berusia 11 tahun itu kini dilaporkan kritikal dan pasukan perubatan di Hospital Sultan Ismail sedaya upaya memberikan yang terbaik untuknya.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal punca penyakit.
“Siasatan lanjut sama ada pesakit juga kebetulan mempunyai penyakit lain kerana keadaan penyakitnya tidak hanya terhad kepada tempat yang dikatakan dipukul itu sahaja.
“Pelajar terbabit mempunyai darah beku dan terkena jangkitan sehingga melarat ke bahagian buah pinggang dan merosakkan fungsi buah pinggangnya.
“Masalah pembekuan darah bukan sahaja di kaki, tempat yang dikatakan dipukul tetapi juga di tangan,” katanya.











