Baru dua hari disatukan, isteri kehilangan suami dalam kemalangan | The Reporter

Baru dua hari disatukan, isteri kehilangan suami dalam kemalangan

Pasangan pengantin baru yang terlibat kemalangan jalan raya dua hari selepas pernikahan
Tangkapan layar perkongsian jurukamera Izzat Pawana yang merakam momen pasangan berkenaan ketika majlis persandingan.

Kegembiraan pasangan pengantin baru yang baru sahaja disatukan pada Ahad lalu bertukar duka apabila si suami maut dalam kemalangan jalan raya, hanya dua hari selepas mereka bergelar suami isteri.

Kisah menyayat hati itu dikongsikan seorang kenalan kepada isteri mangsa menerusi media sosial, memaklumkan mangsa dikenali sebagai Alif, manakala isterinya, Hanim, dilaporkan cedera parah dalam kemalangan berkenaan.

Menurut perkongsian itu, pasangan tersebut baru melangsungkan pernikahan pada 23 Ogos lalu sebelum berita kematian Alif diterima pada pagi 26 Ogos.

Rakan kepada Hanim turut memohon orang ramai agar menghadiahkan bacaan al-Fatihah buat arwah serta mendoakan supaya Hanim diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menghadapi ujian berat berkenaan.

@izzatpawana.com

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Hanim, kuatlah untuk hari-hari yang mendatang. 🥀 Baru sahaja mengecap bahagia sebagai seorang isteri, kini terpaksa menerima kehilangan yang tidak pernah disangka. Semoga hati Hanim terus kuat walaupun air mata tak pernah berhenti. 🥹 Semoga seluruh rakyat Malaysia sama-sama menitipkan doa dan memberikan kekuatan buat Hanim serta seluruh keluarga dalam menghadapi ujian yang sangat berat ini. 🤲🏻 #fypシ #foryou Bride :@𝘕im

♬ Bintang – Budak Kaca Mata

Kisah itu menjadi lebih menyentuh apabila seorang jurukamera yang merakam majlis pernikahan dan persandingan pasangan tersebut turut berkongsi detik terakhir yang sempat dirakamnya bersama Alif dan Hanim.

Menurut jurukamera berkenaan, dia baru sahaja menjalankan penggambaran majlis pasangan itu di Melaka, sebelum dikejutkan dengan berita pemergian Alif akibat kemalangan.

Namun, satu momen ketika majlis akad nikah menjadi kenangan paling sukar dilupakan apabila Alif dilihat menitiskan air mata sejurus lafaz ijab dan kabul disahkan.

@izzatpawana.com

Moment Alif menangis selepas Ijab & Qabul sah menjadi suami kepada Hanim. Waktu itu, tangisan bahagia seorang lelaki yang baru sahaja bergelar suami. Tak pernah terlintas, hanya 2 hari selepas moment itu… tangisan dan senyuman yang Izzat rakam menjadi antara kenangan terakhir Alif bersama Hanim.Sama2 kita Doakan untuk Arwah Alif & untuk isteri Alif iaitu Hanim Semoga dipermudhkan urusan Operation 🤲🏻 #fypシ #foryou Bride:@𝘕im

♬ original sound – Izzat Pawana – Izzat Pawana
Baca juga:

Tangisan itu bukan kerana kesedihan, sebaliknya tangisan bahagia seorang lelaki yang baru sahaja bergelar suami kepada Hanim.

“Part yang paling menyentuh hati” itu kini menjadi lebih bermakna apabila rakaman tersebut dikatakan antara kenangan terakhir Alif bersama isterinya.

“Part yang paling menyentuh hati Izzat ketika on record, Alif menangis selepas Ijab dan Qabul sah menjadi suami kepada Hanim. Waktu itu, tangisan bahagia seorang lelaki yang baru sahaja bergelar suami.

“Tak pernah terlintas, hanya dua hari selepas momen itu… tangisan dan senyuman yang Izzat rakam menjadi antara kenangan terakhir Alif bersama Hanim. Kini, video momen tersebutlah yang membuatkan kami semua menangis,” katanya.

Related Posts