Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Just sharing. Perkara ini berlaku pada saya dan saya tidak mahu kejadian ini berlaku pada anak orang lain pula.
Penyangkut baju atau hanger ini memang bagus, menyenangkan kerja kita. Tetapi hanger hanya menyenangkan buat kita, bukan untuk anak atau bayi kita. Seelok-eloknya sorokkanlah hanger dari anak-anak kecil yang belum tahu apa-apa. Kalau anak terjumpa hanger semasa sedang bermain di rumah, tolong ambil hanger itu biarpun terpaksa merampas dan membuatkan dia menangis. Jangan pula kita yang menangis di kemudian hari.
Hanger itu betul-betul tersangkut seperti di ampaian baju tetapi yang jadi pengampainya itu adalah anak saya sendiri, orang yang paling saya sayang dan nyawa saya. Secara automatiknya darah di badan saya mengalir laju dan tanpa banyak cakap saya pun tawakal. Nampak seperti tak boleh nak keluarkan cangkuk hanger itu sebab dia melengkung, tetapi saya tawakal juga dan saya dah tak fikir apa pada masa itu. Saya terus pegang tangan Iris supaya dia tidak menepis tangan saya.
Untuk pengetahuan, ayah Iris tiada di rumah pada masa itu. Kalau dia ada, mesti tak berlaku kejadian ini.
Kemudian saya dongakkan kepala Iris dan tarik cangkuk hanger itu dengan berhati-hati supaya tekak Iris tidak cedera. Alhamdulillah cangkuk itu dapat dikeluarkan dengna mudah walaupun nampak sangat susah untuk dikeluarkan. Selepas dikeluarkan, Iris menangis sekuat-kuat hatinya mungkin kerana terkejut dan sukar bernafas sebelum itu.
Nasib baik saya cepat perasan dan cepat bertindak. Kalau tidak, Allah. Tak dapat saya nak bayangkan. Saya jadikan kes itu sebagai satu pengajaran. Tidak semua benda yang nampak tidak berbahaya itu boleh diberi pada anak untuk main. Tetapi dalam kes ini, saya bukan saja-saja nak beri Iris bermain hanger. Tidak! Dia terjumpa hanger itu sendiri saya saya pun malas nak merampas hanger itu kerana tahu perangai Iris. Kalau kita tidak beri dia main sesuatu yang dia mahukan, dia akan tantrum.
Tak apalah, benda dah nak berlaku dan sudah berlaku pun. Iris Alhamdulillah sihat walafiat sehingga sekarang. Jadikanlah sebagai pengajaran. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan teladan.
Gambar dalam bulatan itu adalah cangkuk yang tersangkut pada tekak Iris.
Sumber: Info Ibu Hamil









