Pelakon Wawa Zainal atau Nur Hawa Zainal Abidin, 32, dilaporkan mengalami muntah darah semasa mengerjakan ibadah umrah di Makkah.
Melalui perkongsiannya di Instastory, Wawa memaklumkan dia muntah darah mungkin disebabkan badannya terlalu letih dan panas.
“Alhamdulillah selesai menunaikan umrah semalam. Pagi itu, Wawa sakit sangat, memang tak mampu nak bangun. Sampai muntah darah.
“Mungkin sebab panas dalam badan. Minta doa banyak-banyak supaya sembuh, supaya boleh umrah bersama team. Alhamdulillah dipermudahkan.”
Wawa turut berkongsi hasil ujian kendiri Covid-19 dan Influenza A dan B yang didapati negatif.
“Dua kali check sebab sakit sendi, urat tak boleh bawa bincang. Tapi Alhamdulillah negatif. Mungkin letih sangat, back to back dari Sabah, event dengan team, then terus ke sini.
“Badan pula dah (berusia) 30+. Feeling 20+, (rasa diri) boleh buat semua benda. Hahaha!”
Sumber: Instagram Wawa Zainal