Seorang wanita mendakwa terdapat individu yang berpura-pura sebagai rakyat Palestin bagi mendapatkan sumbangan daripada orang ramai di kawasan SOGO.
Menerusi satu hantaran yang tular di media sosial, wanita berkenaan mendakwa bertemu seorang lelaki yang mengaku berasal dari Nablus, Palestin ketika meminta sumbangan di lokasi berkenaan.
“Jangan percaya mereka yang berpura-pura menjadi rakyat Palestin. Jangan beri wang anda,” katanya menerusi hantaran tersebut.
Menurutnya, dia meragui dakwaan lelaki terbabit selepas mendakwa loghat pertuturannya lebih menyerupai loghat Jordan berbanding Palestin.

Baca juga:
- Wanita dakwa individu di SOGO menyamar sebagai rakyat Palestin, minta sumbangan
- Malaysia pertimbang semula kewujudan UNHCR jika enggan bekerjasama
- ‘Projek monorel Putrajaya tidak berdaya maju diteruskan’ – MOT
Wanita itu turut mendakwa lelaki berkenaan enggan menunjukkan pasport apabila diminta bagi mengesahkan identitinya.
“Dia memberitahu saya dia dari Nablus, tetapi loghatnya jelas merupakan loghat Jordan. Dia juga enggan menunjukkan pasportnya kepada saya,” katanya.
Dalam hantaran sama, dia mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai individu yang mendakwa berasal dari Palestin tanpa membuat pengesahan terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang wang atau sumbangan.









