Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Parti Warisan tampil dengan keyakinan baharu apabila Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyatakan kesediaan partinya mengambil alih pentadbiran negeri sekiranya diberi peluang pada Pilihan Raya Negeri akan datang.
Beliau berkata, rakyat Sabah sudah merasai kepincangan pentadbiran kerajaan sedia ada, khususnya dalam aspek pengurusan ekonomi, peluang pekerjaan serta penyampaian bantuan yang dianggap tidak menyeluruh.
“Kami yakin Warisan boleh buat lebih baik daripada apa yang GRS lakukan hari ini. Apa yang rakyat mahukan adalah sebuah kerajaan yang benar-benar peduli, bukan sekadar slogan.
“Rakyat Sabah perlukan kerajaan yang mampu mengurus hasil negeri dengan adil, memberikan peluang sama rata kepada semua dan memastikan suara rakyat benar-benar didengari,” katanya.
Baca juga:
- Rafizi Ramli desak keputusan segera, sedia dipecat jika langgar perlembagaan parti
- Dr Noraishah Mydin, umum tarik diri dari PKR
- Ucapan Ramanan dicelah Hassan Karim, cetus ketegangan di Konvensyen PKR Johor
Agenda ekonomi dan pembangunan luar bandar
Shafie menegaskan pengalaman Warisan memimpin sebelum ini membuktikan kesungguhan parti itu memperjuangkan hak Sabah berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Menurutnya, agenda yang dibawa akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan pendidikan, infrastruktur luar bandar dan peluang pekerjaan khususnya untuk anak muda. Beliau turut menambah, sektor pertanian dan perikanan akan terus diperkasakan sebagai nadi ekonomi negeri.
“Sabah tidak boleh terus ketinggalan. Kita mesti berani berubah dan memilih kepimpinan yang benar-benar bekerja untuk rakyat,” tegasnya.
Sumber: Portal Sayang Sabah








