Wanita temui kit HIV di rumah, syak suami curang semasa ‘outstation’ ke China | The Reporter

Wanita temui kit HIV di rumah, syak suami curang semasa ‘outstation’ ke China

Wanita menangis dalam kereta selepas menemui kit HIV di rumah
Zoe tidak dapat menahan tangis selepas mendakwa menemui kit HIV suaminya di rumah

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


“Perlu ke saya pergi ke hospital?” Itulah persoalan panik seorang wanita bernama Zoe selepas menemui kit ujian HIV di rumahnya yang menunjukkan keputusan positif dan dipercayai milik suaminya sendiri.

Terdahulu, Zoe membuat pendedahan mengejutkan itu di Threads, yang turut disertakan dengan gambar kit ujian HIV dan tangkap layar transaksi serta mesej yang didakwanya melibatkan suaminya dan seorang wanita lain.

Konon keluar bekerja, rupanya curang

Menurut Zoe, suaminya sebelum ini pergi ke China atas urusan pekerjaan. Namun, dia mula mengesyaki lelaki itu sebenarnya pergi ke Nanjing untuk bertemu dengan seorang wanita bernama ‘Hong Jie’.

Kecurigaannya semakin kuat selepas dia memeriksa telefon suaminya dan menemui bukti pemindahan wang sebanyak RM125,000 kepada seorang wanita yang menggunakan nama HiFun di aplikasi sosial.

Baca juga:

Bukti transaksi suami Zoe kepada wanita China

Ujian HIV positif

Kit ujian HIV yang ditemui pula menunjukkan dua garisan. Dalam ujian seperti ini, dua garisan kebiasaannya menandakan keputusan positif awal namun perlu disahkan melalui ujian darah di hospital.

Kit ujian HIV milik suami yang ditemui oleh Zoe

Dalam tulisannya, Zoe meluahkan rasa buntu dan ketakutan terhadap risiko kesihatan yang mungkin sedang dihadapinya.

“Saya rasa nak gila… terjumpa benda ni di rumah. Suami saya sebelum ni kata nak keluar kerja ke China. Sekarang saya syak dia pergi jumpa Hong Jie di Nanjing.

“Tapi bila saya periksa telefonnya, saya dapati dia dah curang sejak awal lagi melalui aplikasi sosial. Jadi sekarang apa yang patut saya buat? Perlu ke saya pergi ke hospital?”

Pendedahan Zoe mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersimpati dan menyarankan agar dia segera menjalani pemeriksaan kesihatan serta mengambil tindakan sewajarnya demi keselamatan dirinya.

Tindakan tidak bertanggungjawab si suami bukan sahaja mengkhianati kepercayaan, tetapi turut meletakkan nyawa isterinya dalam risiko. Apa yang berlaku sepatutnya menjadi peringatan kepada setiap pasangan bahawa perbuatan yang dilakukan secara sembunyi akhirnya boleh membawa bencana. Kesetiaan dalam perhubungan bukan sekadar soal moral, tetapi juga soal keselamatan.

Sumber: Threads Zoe

Related Posts