Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita bernama Qhaisha tampil membuat pendedahan berani di media sosial berhubung penderaan fizikal dan emosi yang didakwanya dilakukan oleh seorang pelakon lelaki bersama pengurus artis tersebut.
Menerusi siri hantaran di Instagram Story, Qhaisha berkongsi gambar kesan-kesan lebam di badannya, kecederaan di mata, serta tangkap layar mesej peribadi sebagai bukti bahawa dia pernah dipukul, dicekik hingga pengsan, dimanipulasi dan dipaksa menandatangani kontrak serta membuat permohonan maaf secara terbuka yang tidak benar.



“Berapa kali muka aku pecah? Berapa kali kau cekik aku sampai pengsan? Bila aku pengsan, kau tampar untuk kejutkan aku, lepas tu kau cekik aku lagi,” tulisnya.
Dia juga mendakwa hilang banyak peluang kerja selepas dipaksa memadamkan semua gambar di media sosial. Tekanan itu berlarutan sehingga akhirnya dia nekad untuk bersuara, kerana tak sanggup lihat orang lain turut jadi mangsa.
“Saya dedah bukan sebab dendam, tapi sebab ada gadis muda lain datang cerita yang dia pun pernah kena. Saya tak nak benda ini berulang,” katanya.
Menurut Qhaisha, individu yang terlibat bukan sahaja tahu tentang penderaan yang berlaku, malah didakwa membantu menyediakan kontrak palsu dan menyokong tindakan pelakon berkenaan sepanjang kejadian itu berlaku.


Dalam salah satu hantaran, Qhaisha turut berkongsi tangkap layar mesej yang didakwa daripada individu terbabit, dengan ayat berbunyi: “U think I enjoy beating u? Beating u for not being a good gf n listen to me.”
Tidak lama kemudian, individu yang dikaitkan tampil menafikan dakwaan itu dan menyatakan bahawa perkara tersebut akan diselesaikan melalui saluran undang-undang. Orang ramai juga diminta untuk tidak membuat penilaian secara sebelah pihak.


Namun bagi Qhaisha, ini bukan kali pertama dia melalui perkara ini.
“Tahun lepas pun dia buat perkara sama, saya diam je. Tapi kali ni, saya akan lawan dengan cara yang betul. Undang-undang. Saya akan lawan sampai habis,” katanya.








