Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Cristiano Ronaldo, sekali lagi menjadi tajuk perbualan ramai. Bukan kerana aksi lincah beliau di atas padang atau jumlah tontonan di saluran YouTube, tetapi desas-desus tentang kemungkinan beliau akan memeluk Islam.
Perkara berkenaan dikongsikan oleh bekas penjaga gol Al-Nassr Waleed Abdullah dalam satu program televisyen tentang minat mendalam Ronaldo dengan budaya tempatan di Arab Saudi.
Beliau berkata, kesediaan Ronaldo untuk memeluk Islam juga adalah hasil hubungan baiknya dengan masyarakat Saudi.
“Ronaldo jujur dengan hasratnya untuk memeluk Islam. Dia menunjukkan minat ketika saya berbual dengannya,” katanya.
Beliau turut merujuk kepada gaya sujud Cristiano Ronaldo ketika meraikan jaringan gol, yang menjadi perhatian ramai sebagai tanda penghormatan kepada tradisi Islam. Selain itu, galakan Ronaldo kepada rakan sepasukan di Al Nassr untuk mematuhi ajaran agama turut dilihat sebagai bukti Ronaldo menghormati nilai-nilai Islam.
Waleed juga mendedahkan Ronaldo akan memastikan rakan sepasukannya mempunyai masa untuk solat di antara sesi latihan ke sesi latihan seterusnya dan meminta jurulatih berhenti seketika ketika azan berkumandang.
Ronaldo turut dikatakan mendapat inspirasi untuk mendalami budaya Islam melalui pengaruh bekas rakan sepasukannya, Mesut Özil dan Karim Benzema.
Sumber: Sinar Harian