Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Sepasang suami isteri ditahan semalam susulan pihak polis menerima laporan yang mendakwa pasangan itu mendera anaknya berusia enam tahun di Bahau.
Baca berita berkaitan: ‘Mata bengkak sebab mama (tiri) tumbuk, ayah campak Waldan’ – Tak tahan didera, budak 6 tahun nekad lari dari rumah.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, siasatan lanjut kemudian mendapati, mangsa telah didera oleh bapa kandung dan ibu tirinya.
Difahamkan, mangsa dijaga oleh bapanya sejak dari kecil lagi selepas ibu bapanya bercerai. Bapa mangsa kemudian berkahwin lagi dan mempunyai tiga anak.
Sejak dari itu, mangsa yang merupakan anak daripada perkahwinan terdahulu diberi layanan teruk dan diskriminasi dari segi pengurusan, makanan dan lain-lain.
Kes masih dalam siasatan lanjut dan Waldan ketika ini sedang dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah di Kuala Pilah.
Terdahulu, tular video mangsa mendakwa matanya bengkak akibat ditumbuk oleh ibu tiri dan dia pernah dicampak oleh bapa kandungnya.
Tidak tahan dengan penderaan berterus mendorong mangsa mengambil keputusan untuk melarikan diri sebelum berjaya diselamatkan oleh orang awam.
Sumber: Kosmo! Online