‘Mata bengkak sebab mama (tiri) tumbuk, ayah campak Waldan’ - Tak tahan didera, budak 6 tahun nekad lari dari rumah - The Reporter

‘Mata bengkak sebab mama (tiri) tumbuk, ayah campak Waldan’ – Tak tahan didera, budak 6 tahun nekad lari dari rumah

Video mangsa dera tular di media sosial

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dikenali sebagai Waldan mendakwa telah didera oleh bapa dan ibu tirinya sehingga meninggalkan kesan lebam di badan serta bengkak di bahagian mata.

Beberapa orang wanita yang dipercayai merupakan guru kepada Waldan, meminta mangsa menceritakan kisah sebenar yang dialaminya.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Waldan berkata, ibu tirinya yang dipanggil sebagai ‘Mama’ telah menumbuk matanya sewaktu bapanya sedang bekerja di Melaka.

https://www.tiktok.com/@mrshamkedah/video/7278109604221865217?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7275542551401678338

“Selepas ayah balik, ayah bergaduh sampai campak Waldan,” katanya.

Disoal mengenai kesan lebam di bahagian lengannya, dia memaklumkan dia telah dirotan oleh bapa dan ibu tirinya kerana menipu mencuri. Waldan juga dikatakan telah diberikan makan nasi berlaukkan garam, cili dan serbuk lada hitam.

Gara-gara tidak tahan diperlakukan sedemikian, Waldan nekad melarikan diri dari rumahnya. Kejadian yang menimpa dirinya juga menyebabkan dia sudah lama tidak hadir ke sekolah.

“Waldan tutup pintu dapur tu, dah kunci dah. Waldan tinggalkan mama dengan adik, tak tahan dah kena dera,” katanya.

Ibu tiri, bapa kandung mangsa ditahan

Rentetan dengan kejadian ini, sepasang suami isteri telah ditahan selepas disyaki telah mendera anak lelaki mereka dalam kejadian di Bahau.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook pihaknya mendapat maklumat berhubung kejadian kira-kira jam 2.30 petang.

“Terdapat kesan luka pada bahagian badan mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati mangsa telah didera sejak bulan Mac lalu hingga kini, yang mana mangsa telah dipukul oleh ibu tiri dan bapa kandungnya menggunakan tangan, senduk kayu, ditendang dan dirotan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Chang Hook berkata, mangsa kini menerima rawatan lanjut di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah dan telah disahkan oleh doktor bahawa mangsa mengalami pelbagai kecederaan.

Suspek bakal berdepan dengan hukuman denda RM50,000 atau penjara

“Berdasarkan siasatan juga mendapati tiga lagi adik-beradiknya tidak didera, hanya mangsa sahaja,” katanya.

Justeru katanya, bertindak atas maklumat sepasang suami isteri berumur 27 dan 31 tahun telah ditahan pada hari sama.

Menurutnya, lelaki berkenaan bekerja di kilang kayu manakala isterinya suri rumah telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

“Kes seterusnya disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebih RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sumber: MrShamKedah, Sinar

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!