Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Isu mengenai pernikahan anak kepada selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi mengejutkan semua pihak. Pernikahan yang berlangsung secara rahsia di Songkhla itu disahkan oleh kakak kepada isteri pertama Aslam.
Mengulas lanjut mengenai isu perkahwinan ini juga, dalam satu ceramah yang disampaikan oleh pendakwah Ustaz Azhar Idrus menyatakan pernikahan yang berlangsung di Thailand tidak boleh dinyatakan samada sah atau tidak.
“Sebab itu pernikahan di Thailand, kena daftar balik disini. Mahkamah disini akan check siapa wali hakimnya, saksi dan bagaimana ijab kabul dijalankan serta bagaimana jawapan pengantin dan sebagainya.
“Kerana itu jugak bila balik ke sini, ada pasangan yang diputuskan sah perkahwinan dan ada pasangan yang diputuskan tidak sah. Mahkamah yang akan check,” katanya.
Berdosa kepada ibu bapa
Namun begitu katanya walaupun mahkamah telah memutuskan pernikahan pasangan tersebut sah, tetap dikira berdosa. Ini kerana mereka melakukan tiga kesalahan besar kepada ibu bapa mereka.
“Mereka menyakitkan hati ibu bapa mereka, mengaibkan ibu bapa, dan membuat mereka sedih.
“Haram dan dosa besar,” jelasnya.
Situasi tersebut katanya akan mengundang persoalan jiran tetangga dan masyarakat seterusnya membuatkan ibu bapa merek berasa malu dengan tanggapan dan persoalan tersebut. Dalam pada itu, Ustaz Azhar menyatakan individu yang ingin berkahwin perlu mendapatkan persetujuan dan restu daripada ibu bapa.
Sumber: MYDIN Office