'Waktu itu agak kelam kabut' - Ning Baizura nafi tak cakna isu Palestin - The Reporter

‘Waktu itu agak kelam kabut’ – Ning Baizura nafi tak cakna isu Palestin

Ning Baizura

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Dalam dunia hiburan, kadang-kadang apa yang dikatakan atau dilakukan boleh disalahertikan. Itulah yang berlaku kepada penyanyi, Ning Baizura, yang baru-baru ini menjadi tumpuan netizen kerana didakwa tidak cakna dengan isu Palestin.

Isu ini timbul apabila salah seorang netizen memuat naik komen “All eyes on Rafah” dan dibaca oleh Ning yang kemudian bertanya “Who’s that?” (Siapa itu?).

Reaksi Ning itu mengundang kritikan netizen yang mendakwa beliau tidak mengetahui mengenai Rafah, sebuah merupakan kota di Palestin yang kini menjadi tempat perlindungan bagi rakyat Palestin dibedil oleh Zionis sejak Oktober 2023.

Live kelam kabut, semua diuruskan sendiri

Menerusi video penjelasannya mengenai isu tersebut yang dimuat naik di akaun Instagramnya hari ini, Ning menafikan dakwaan dia tidak cakna dengan isu Palestin.

Kekeliruan berhubung komen “All eyes on Rafah” itu berlaku ketika dia sedang sibuk melayan permintaan peminat untuk membawakan lagu dalam sesi live di Instagramnya.

“Ketika itulah muncul komen (tentang Rafah) dan saya tanya siapa dan ia terkeluar daripada mulut saya secara tiba-tiba kerana pada waktu itu keadaan agak kelam kabut kerana saya kena buat muzik karake, moderator, pasang lampu dan macam-macam lagi.

“Saya tidak tanya ‘Whats that’, saya kata ‘Who’s that’ yang merujuk kepada nama-nama orang apabila membuat live,” katanya.

Turut menyumbang kepada Palestin

Jelasnya, dia memahami apa yang sedang berlaku di Palestin dan telah banyak melakukan sumbangan kepada rakyat Palestin.

Tambahnya, dia telah membuat sumbangan untuk Gaza bersama Dee ‘Jangan Ketawa’ pada bulan puasa baru-baru ini, serta beberapa lagi kerja amal berkaitan Palestin dengan beberapa pereka fesyen tanah air.

Dalam pada itu, Ning menyeru kepada semua untuk menilai sesuatu perkara daripada kedua-dua pihak sebelum mengeluarkan kenyataan kasar yang ditujukan terhadapnya.

Tindakannya berdiam diri juga bukanlah disengajakan, tetapi Ning perlu mengambil masa untuk menghadam apa yang berlaku.

Ning menyeru kepada semua untuk tidak menghukum seseorang dan membiarkan mereka membuat penilaian sendiri tentang dirinya.

Sumber: Instagram Ning Dalton, Scoop

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!