'Wah! Siap tunjuk jari tengah lagi' - Pasangan warga asing kantoi minta sedekah, lari bila dirakam orang awam - The Reporter

‘Wah! Siap tunjuk jari tengah lagi’ – Pasangan warga asing kantoi minta sedekah, lari bila dirakam orang awam

Sumber gambar: Orang Awam

Selain terkenal dengan kepelbagaian budaya dan bangsa, masyarakat di Malaysia juga terkenal dengan sikap baik hati dan pemurah, menyebabkan ada warga asing yang mengambil kesempatan.

Tular di media sosial sejak semalam, video menunjukkan sepasang suami isteri yang dipercayai berasal dari negara timur tengah meminta sedekah daripada orang awam.

Menurut individu yang memuat naik video tersebut, Ipan, kejadian itu berlaku di Kuala Lumpur, berhampiran dengan Suria KLCC.

Pengadu bertindak merakam video pasangan berkenaan selepas mendapati mereka cuba meminta sedekah. Menyedari perbuatan mereka dirakam, pasangan itu segera beredar sambil menolak stroller bayi.

Si isteri dilihat tidak berpuas hati dengan tindakan pengadu lalu menunjukkan isyarat jari tengah.

https://www.tiktok.com/@raja_ipan/video/7275270933164723464?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7260134356797834754

Di ruangan komen, ada beberapa netizen mendakwa pasangan ini menggunakan modus operandi yang sama di Melaka dan Johor.

“Hari tu ada kat JB. Dia minta, akak tak bagi. Dia jeling. Pergi ke meja sebelah kena marah, dia marah balik dan membebel-bebel. Perempuan tu tunggu dekat luar tengok je. Geram betul,” kata Missya.

“Weh! Aku dah kena semalam. Aku cakap tak ada cash. Dia pandang aku atas bawah macam aku ni ada beribu pula,” kata Firna.

Sumber: TikTok

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!