Insiden atlet tercirit, HYROX mohon maaf, akui gagal bertindak segera | The Reporter

Insiden atlet tercirit, HYROX mohon maaf, akui gagal bertindak segera

HYROX mohon maaf susulan insiden atlet wanita tercirit ketika perlumbaan di China.
HYROX memohon maaf susulan insiden melibatkan seorang atlet wanita ketika perlumbaan di China.

HYROX tampil memohon maaf susulan insiden melibatkan seorang atlet wanita ketika pertandingan di China yang mencetuskan perhatian ramai.

Dalam kenyataan berhubung kejadian itu, pihak HYROX mengakui melakukan kesilapan kerana tidak mengambil tindakan segera ketika perlumbaan sedang berlangsung.

“Kami memohon maaf kepada semua yang terjejas secara langsung atau tidak langsung, serta kepada mereka yang merasakan kami tidak mengendalikan situasi itu sebagaimana sepatutnya,” menurut kenyataan berkenaan.

HYROX turut mengambil tanggungjawab terhadap kelemahan dalam mengendalikan situasi berkenaan, termasuk kegagalan menjangkakan kemungkinan insiden sedemikian berlaku ketika acara.

Baca juga:

Susulan kejadian itu, HYROX memaklumkan penambahbaikan terhadap proses pengendalian acara telah dimulakan serta-merta, selain perubahan dibuat terhadap buku peraturan pertandingan.

Menurutnya, peraturan dan prosedur baharu kini sudah dilaksanakan bagi mengelakkan kejadian sama daripada berulang pada acara akan datang.

Penganjur turut menegaskan pihaknya akan mengambil pengajaran daripada insiden berkenaan dan terus berusaha memperbaiki pengendalian pertandingan.

Terdahulu, seorang atlet wanita dilaporkan terbuang air besar ketika sedang menyertai pertandingan HYROX Beijing, namun tetap meneruskan perlumbaan sehingga berjaya menamatkan saingan.

Kejadian itu berlaku ketika acara HYROX Beijing pada 12 September 2026 dan menjadi perhatian selepas rakaman insiden berkenaan tersebar di media sosial.

Atlet berkenaan dilaporkan sebagai atlet Australia, Joanna Wietrzyk, yang menyertai kategori HYROX Pro wanita. Dia kemudiannya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 1 jam 1 minit 23 saat.

Related Posts