Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Viral di media sosial video dan gambar seorang pekerja pembersihan dipercayai warga asing dengan selamba membuang beberapa barangan ke tingkat bawah mengundang pelbagai kecaman netizen.
“Gila betul, besar-besar barang dia. Kena budak-budak yang bermain di bawah, naya je.
“Ini cleaner berkenaan bersama dengan barang yang dia tidak sempat baling. Kalau baling, terkena budak di bawah memang hospital la jawabnya.
“Barang-barang terakhir yang sempat dia lempar dari tingkat empat sebelum kena serbu. Tunku dapur itu kalau kena kepala memang bocorlah,” katanya.
Dalam video tersebut, wanita berkenaan berulang kali meminta maaf dan memberikan alasan-alasannya untuk melepaskan diri. Bagaimanapun tidak diketahui sama ada Sima membuat aduan kepada pihak pengurusan bangunan itu ataupun tidak.











