Hajjah Normah terima walk of honour Hospital Sungai Buloh | The Reporter

Hajjah Normah terima walk of honour Hospital Sungai Buloh

Penghargaan Walk of Honour di Hospital Sungai Buloh bagi misi pendermaan organ Allahyarhamah Hajjah Normah
Allahyarhamah Hajjah Normah yang menyumbangkan organ dan tisu menrerima walk of honour Hospital Sungai Buloh.

Seorang wanita menerima penghargaan Walk of Honour daripada Hospital Sungai Buloh apabila beliau telah menyumbangkan organ dan tisunya yang berjaya memberi peluang kehidupan kepada lima pesakit yang sedang menanti rawatan pemindahan.

Allahyarhamah Hajjah Normah disahkan mengalami kematian otak sebelum ikrar pendermaan organ yang pernah dibuat ketika hayatnya ditunaikan oleh ahli keluarga dengan penuh reda dan keinsafan.

Pernah mencurah bakti dalam dunia pendidikan, Allahyarhamah difahamkan sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai pensyarah di Universiti Teknologi MARA (Universiti Teknologi MARA (UiTM)). Sumbangan beliau akhirnya terus memberi makna yang lebih besar apabila organ dan tisu tersebut berjaya direalisasikan pada 21 Jun 2026.

Baca juga:

Menurut perkongsian oleh Hospital Sungai Buloh, misi berkenaan dilaksanakan hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), selain turut melibatkan kepakaran pasukan pembedahan.

“21 Jun 2026, hasrat murni ini terlaksana. Melalui anugerah kehidupan ini, organ dan tisu yang didermakan bakal menyelamatkan dan mengubah hidup sekurang-kurangnya 5 orang pesakit.

“Kes pemerolehan ini turut melakar sejarah baharu dalam kerjasama erat antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Kami amat berbesar hati dapat berganding bahu bersama Pasukan Pembedahan Hepatobiliari dari Universiti Malaya (UM) yang turun padang demi menjayakan usaha murni ini,” menurut kenyataan itu.

Penghargaan kepada ahli keluarga

Dalam pada itu, Hospital Sungai Buloh turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli keluarga Allahyarhamah atas keputusan besar yang membolehkan hasrat pendermaan organ tersebut direalisasikan.

“Kepada seluruh ahli keluarga penderma, jutaan terima kasih atas kurniaan yang tidak ternilai ini. Semoga segala budi, jasa dan pengorbanan arwah diangkat darjatnya di sisi pencipta. Beliau telah memberi sinar baharu ketika dijemput kembali ke rahmatullah,” menurut perkongsian Hospital Sungai Buloh.

Related Posts