Satu video tular merakamkan seorang lelaki berpakaian menyerupai pasukan keselamatan serta membawa senjata di kawasan Taman Bukit Desa, Kepong, mencetuskan perhatian dan kebimbangan orang ramai.
Memetik laporan Sinar Harian, polis telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu selepas menerima laporan pada jam 4.31 petang Isnin, susulan video berkenaan yang tersebar luas menerusi aplikasi WhatsApp.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata siasatan awal mendapati individu dalam rakaman tersebut ialah seorang lelaki yang identitinya masih belum dikenal pasti setakat ini.
Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 140 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960 bagi meneliti.
Baca juga:
- RCI Tabung Haji: Siasatan ‘hingga ke lubang cacing’ selaras titah YDPA
- Polis tahan lelaki berkait kes pembakaran, kecurian naskhah al-Quran di Seremban
- ‘Sulong’ terus jadi perhatian, PERHILITAN pantau gajah liar cedera di JRTB Gerik
Dalam masa sama, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Prakash Sithambaram, di talian 012-2940827 atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222.
Terdahulu, tular video di TikTok merakamkan seorang individu diilihat berjalan seorang diri pada waktu malam dengan memakai pakaian menyerupai pasukan keselamatan sambil memegang senjata yang disyaki tiruan.








