(Video) 'Ini orang yang pukul Kamal Adli!' - Zed Zaidi dedah muka suspek pukul Kamal Adli - The Reporter

(Video) ‘Ini orang yang pukul Kamal Adli!’ – Zed Zaidi dedah muka suspek pukul Kamal Adli

Kejadian yang menimpa pelakon Kamal Adli masih lagi hangat dibicarakan di media sosial, termasuklah rakan-rakan artis yang menyuarakan kebimbangan masing-masing. 

Zed Zaidi atau nama sebenar Rozaidi Jamil berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku di Singapura yang dikatakan sebagai negara paling selamat di dunia. 

“Sepatutnya pihak penganjur kena tingkatkan lagi tahap keselamatan supaya kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Ini baru melibatkan kes kecederaan parah, belum lagi kes menyebabkan kehilangan nyawa,” tegasnya. 

Lima jam yang lalu, Zed Zaidi turut berkongsi video yang menunjukkan suspek dalam kejadian itu telah ditahan orang awam. 

“Tahniah orang Singapore dan wakil Malaysia yang berjaya bedok mamat yang pukul Kamal Adli ni. Semoga keadilan dan hukuman yang setimpal dan keras dikenakan terhadapnya,” katanya. 

Berdasarkan video, suspek berkepala botak dan tangannya mempunyai tatu itu dipercayai cedera berikutan ada kesan darah di mukanya. 

Sumber: Instagram Zed Zaidi

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!