Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
“Saya dah tengok dah,” demikian kata penumpang wanita dalam video viral di mana pintu kereta yang dibukanya itu dilanggar sebuah kereta yang datang dari arah belakang sewaktu cuba memotong kereta Grab berkenaan.
Sebaik sahaja mengucapkan terima kasih, wanita itu terus membuka pintu belakang sebelah kiri tanpa menoleh keadaan jalan di belakang kereta dan dalam masa yang sama datang sebuah kereta Perodua Myvi dari arah belakang yang cuba memotong kereta Grab yang berhenti di tepi jalan itu.
Tidak sempat mengelak, kereta Myvi itu terlanggar pintu itu dengan kuat menyebabkan kerosakkan teruk pada pintu kereta Grab tersebut.
Ketiga-tiga mereka terkejut dengan kejadian itu dan tergamam seketika. Namun pemandu Grab dengan tenang dan masih mampu tertawa kecil dengan kejadian yang tidak disangkakan itu.
Adik lelakinya juga sempat bertanya bagaimana kejadian itu boleh berlaku dan apakah kereta Myvi itu dipandu dengan laju secara tiba-tiba?
Pedoman untuk semua.Driver: jangan berenti belah kanan jalan
Rider: tengok dulu belakang sebelum buka pintu. pic.twitter.com/2O3QpH1aWQ
— MEIN HABIS (@meinmokhtar) April 9, 2018










