Vida dakwa kontraktor makan duit, kerja tak siap? - The Reporter

Vida dakwa kontraktor makan duit, kerja tak siap?

Vida dakwa kontraktor makan duit

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida, atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, telah melantik pasukan peguam bagi mencabar tuntutan perintah sita yang dikenakan terhadap hartanya.

Beliau menegaskan komitmennya untuk menyelesaikan isu ini melalui saluran undang-undang.

Vida yang kini berada di luar negara, berkata, “Sabar, saya sekarang berada di luar negara, balik Malaysia nanti saya jawab dari A sampai Z.”

Terdahulu, Vida didakwa gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada syarikat kontraktor pembinaan, Ah Design Communication, sebanyak RM1,060,285 pada tahun 2018.

Memetik kenyataan Vida dari Instagram Era FM, beliau mendakwa pihak kontraktor telah menerima bayaran, namun kerja-kerja yang dijalankan tidak siap sepenuhnya.

Sementara itu anak perempuannya, Edlynn Zamileen Mohd Amin, 19, atau Cik B, meminta orang ramai bertenang.

“Kenapa ramai yang tidak relaks ini? Harap semua bertenang. Sabar ya,” katanya.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!