Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Isu peniaga crepe yang dikritik netizen kerana mengenakan syarat terhadap pelanggan perlu membeli produk vendor sebelum membeli produknya, tidak menjejaskan operasi peniagaan usahawan muda berkenaan.
Semalam, Kieda Crepe melalui TikTok memaklumkan, pihaknya akan mengadakan jualan di tempat letak kereta VVIP di Stadium Bukit Jalil pada Sabtu 16 September 2023.
Namun untuk Tour Kieda Crepe 7.0, tiada sistem support vendor dikenakan. Pelanggan bebas memilih untuk membeli produk Kieda atau vendor.
Baca artikel berkaitan:
- Peniaga letak syarat pelanggan perlu beli barangan vendor sebelum beli makanannya, UAI jelaskan urusan jual beli tu tidak sah.
- ‘Saya tak paksa orang beli, cuma buat syarat untuk jaga rezeki orang seiring dengan rezeki saya’ – Kieda Crepe
- ‘Saya tolong vendor je, cuma tolong orang Melayu kita je’ – Kieda sebak dikecam, sedangkan dia hanya mahu bantu peniaga kecil
Dalam pada itu, Kieda tetap positif dengan apa yang berlaku dan menganggap segalaa kritikan dan kecaman di media sosial sebagai ujian daripadaNya.
“Bila kamu sering dibenci orang, itu tandanya kamu orang baik. Ingat, pohon yang buahnya manis sering dilempari batu.
“Untungnya seorang Kieda selalu dapat attention Allah,” tulisnya pada kapsyen video.
Terdahulu, Kieda dikritik hebat susulan ada pelanggannya yang mengemukakan pertanyaan kepada Ustaz Azhar Idrus (UAI) berhubung syarat yang dikenakan terhadap pelanggan perlu membeli produk vendor sebelum membuat produknya.
UAI dalam penjelasannya berkata, syarat sedemikian adalah tidak sah berikutan tiada keredhaan pada pembeli. Namun Kieda menjelaskan dia berbuat demikian kerana mahu berkongsi rezeki dan membantu vendor atau peniaga kecil.
Sumber: TikTok KiedAmy